Liyana Fizi
Liyana Fizi

Liyana Fizi

Liyana Fizi (lahir 14 September 1983)[1] merupakan seorang penyanyi, pemuzik, penulis lirik, penggubah lagu dan penerbit rakaman Malaysia.[2] Beliau mula menceburi genre muzik indie pada tahun 2006 dan terkenal sebagai penyanyi utama kumpulan Estrella yang disertainya dari selama empat tahun serta berjaya meraih lapan pencalonan untuk Voize Independent Music Awards pada 2008.[3][4][5]Sebagai artis solo, beliau pernah melancarkan album sulungnya, Between the Lines pada September 2011. Album ini mengandungi 10 lagu termasuk yang digubah olehnya.[3] Album ini diterbitkan di bawah pengurusannya sendiri iaitu Liyana Fizi Music Publishing dan diedarkan oleh Soundscape Records. Lagu Jatuh telah dimuatkan dalam album runut bunyi bagi filem Azura arahan Aziz M. Osman.[6]

Rujukan

WikiPedia: Liyana Fizi http://www.budiey.com/profile-liyana-fizi/ http://www.hafidzlife.com/2012/02/06/album-review-... http://liyanafizi.com/ http://ohbulan.com/foto-bekas-vokalis-estrella-liy... http://www.soundscape-records.com/?p=752 http://www.thenutgraph.com/all-very-rojak-liyana/ http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&d... http://www.mstar.com.my/hiburan/wayang/2014/02/14/... http://rage.com.my/get-personal-with-liyana-fizi/ http://www.thestar.com.my/opinion/online-exclusive...